Wednesday, 26 March 2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti yang berikut: • Mengenal pasti masalah • Membuat hipotesis • Merancang eksperimen o mengawal pemboleh ubah o menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan o menentukan langkah menjalankan eksperimen, o kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
• Melakukan eksperimen • Mengumpulkan data • Menganalisis data • Mentafsirkan data • Membuat kesimpulan • Membuat pelaporan Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang di bimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.
2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
3. Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.
5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.
6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
7. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut: • Kenal pasti dan faham masalah • Jelaskan masalah • Cari alternatif penyelesaian masalah • Lakukan operasi penyelesaian • Nilaikan penyelesaian

Thursday, 27 February 2014

PELANCARAN LESTARI FASA 3 (FASA 1 2014)

27 FEB 2014 IPG KOTA BHARU akan mengadakan program Lestari Fasa 3 pada 1 Mac 2014 bertempat di IPG Kota Bharu sabtu ini.

Friday, 22 March 2013

Fossil Bird Study On Extinction Patterns Could Help Today's Conservation Efforts

Fossil Bird Study On Extinction Patterns Could Help Today's Conservation Efforts

Mar. 21, 2013 — A new University of Florida study of nearly 5,000 Haiti bird fossils shows contrary to a commonly held theory, human arrival 6,000 years ago didn't cause the island's birds to die simultaneously.
Although many birds perished or became displaced during a mass extinction event following the first arrival of humans to the Caribbean islands, fossil evidence shows some species were more resilient than others. The research provides range and dispersal patterns from A.D. 600 to 1600 that may be used to create conservation plans for tropical mountainous regions, some of the most threatened habitats worldwide. Understanding what caused recent extinctions -- whether direct habitat loss or introduction of invasive species -- helps researchers predict future ecological impacts. The study was published online in The Holocene March 12 and is scheduled to appear in the journal's print edition in July.
"People arrive about 6,000 years ago and within a millennium or two, you lose the big, spectacular critters -- the ground sloths, the monkeys, the biggest rodents and some of the big extinct birds, like giant owls and eagles," said lead author David Steadman, ornithology curator at the Florida Museum of Natural History on the UF campus. "We have some bird species from our fossil site that, from a modern standpoint, are just as extinct as the others, but in fact, they almost were able to survive longer. That helps give us a gauge on what the future might bring."
Researchers used comparisons with modern bones to identify 23 species from the 4,857 bird fossils excavated from Trouing Jean Paul, a cave in southeast Haiti at an elevation of about 6,000 feet. The most common bird species include the Zenaida Dove, the Black Swift, the Least Pauraque, the Hispaniolan woodpecker and a new, undescribed extinct woodcock in the genus Scolopax. Researchers believe the woodcock became extinct between A.D. 1350 and 1800, surviving the first arrival of the Amerindians 6,000 years ago, but dying off following the arrival of Europeans and African peoples in 1492, Steadman said.
"When you take a look at what could've caused this, it really does just keep pointing to humans," Steadman said. "I just think it's habitat loss from people and introduction of non-native, invasive plants and animals. It's the same thing we're dealing with in Florida now -- who knows what the pythons are going to wipe out in the Everglades."
Researchers radiocarbon-dated six individual bones from the extinct woodcock to determine the site's age. Because the locality also includes fossils of frogs, lizards, snakes, bats and rodents, in addition to the Common Barn Owl and Ashy-faced Owl, it was likely a roost where owls deposited boney pellets of their prey, scientists said.
Of the present-day species found at the site, as many as one-third are considered threatened today and four of the 23 total species are no longer found in the area. Their predominant habitat was pine forests, which are mostly disturbed today or entirely cut down for agriculture. The Least Pauraque, a type of nightjar, is now an endangered species that lives in an extremely localized area, Steadman said.
"This gives us some evidence of how drastic the range contraction was of this species -- the Least Pauraque not only lived in the mountains, it was common there," Steadman said. "Within 1,000 years, it's lost most of its range and most of its population. From the standpoint of evolution, if we want that species to ever have the opportunity to evolve through time, we need to be concerned with time intervals that are measured in centuries and millennia, not just decades."
Jim Mead, professor and chair of the department of geosciences at East Tennessee State University, said the research is important because the direct radiocarbon dating represents a much later time period than the arrival of the first Amerindians.
"What Steadman is finding, more often than not, is that we as people bring in other things with us and indirectly wipe out other animals," said Mead, who was not involved with the study. "He's providing background data and I think that's critical to Hispaniola because you have two countries on that island and they're quite different culturally and economically, so those countries are going to play different games on the local fauna."
Mead said it is also significant that Trouing Jean Paul occurs at a high elevation, where human or climate pressures could result in animals finding a "refugia" upslope.
"Typically, a lot of sites are found in lower elevation, or we go to the lower elevations to look at localities we work on," Mead said. "But Dave is saying, 'Why don't we look at these other areas that haven't really been examined?' This one cave is a critical one for that. It gives us a 3-D look at environments on an island."
Oona Takano, who helped sort and identify the specimens as a UF undergraduate student, is a study co-author.

Saturday, 16 February 2013

PENYAKIT LELAH (ASMA)

Herba Untuk Asma/lelah

Perkataan ‘asma’ berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud sukar bernafas.Ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk anak kecil. Antara simpton seseorang diserang asma adalah nafasnya berbunyi(wheezing) seperti bunyi siulan halus dan panjang disamping bunyi termengah-mengah didada, batuk dan sesak nafas.Gejala lain ialah berlakunya infeksi saluran pernafasan ,sinusitis( radang selaput ruang sinus) dan rasa pedih dibahagian tengah dada serta batuk pada awal pagi.

Antara faktor –faktor yang boleh mencetuskan serangan asma ialah:
debu rumah; serangga seperti lipas yang telah mati menjadi kering dan hancur menjadi debu yang akhirnya terapung di udara, kain bulu, kapuk bantal dsbg.

>alahan pada binatang peliharaan seperti kucing ,anjing dan arnab juga burung merpati.Alahan  terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang itu menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu.Bulu dan daki dari keruping kulit kering itu menjadi ringan dan berterbangan diudara ktika bintang itu menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing manakala bagi arnab dan merpati terdapat pada najisnya.

>bahan toksik, asap rokok, pewangi,cat,bahan kimia rumah seperti penuci lantai dan ubat nyamuk lingkar.

>alat pendingin udara,kipas angin,udara sejuk dipergunungan,debunga dan perubahan cuaca mendadak.

>terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja berat disamping sering mengalami tekanan perasaan serta mendapat jangkitan pada paru-paru

Serangan asma mengakibatkan radang berikutan reaksi sistem pertahanan tubuh melindungi tubuh  daripada serangan, dengan itu akan terjadi kemerahan pada saluran pernafasan diperingkat bronkus.Ini berlaku kerana pembuluh-pembuluh darah membawa sel-sel radang iaitu sel-sel darah putih kesitu.Semasa proses ini berlaku kimia-kimia alergi dikeluarkan dengan banyaknya menyebabkan berlakunya konstriksi pada otot-otot lalu menjadikan saluran pernafasan sempit.Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembentukan lendir yang berlebihan pada sel-sel dan kelenjar disepanjang saluran pernafsan semasa radang berlaku.

Semasa berlakunya serangan asma, otot pada organ tubuh yang berongga dan saluran iaitu usus,perut dan otot pada bronkus dan bronchial menjadi polos menyebabkan oto-otot kejang dan menguncup.Keadaan ini menyebabkan udara yang mengandungi karbon dioksida terperangkap dalam paru-paru mengakibatkan penghidap asma merasa sesak nafas dan ketat dada.

Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan cuba membendung agar asma tidak menjadi serius dengan mendapatkan rawatan dan penjagaan diri sebaik mungkin terutama dalam usaha mengelak diri dari bahan pencetus serangan asma atau boleh mencuba menggunakan kaedah rawatan herba sebagai alternatif. Dalam perubatan melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara; merebus pekat daun sirih bersama gula batu kemudian diminum ketika suam-suam.Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan kedada.

Sayuran seperti seleri juga digunakan dengan cara mengisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus kemudian diminum.Tidak ketinggalan ulam pegaga turut dijadikan penawar asma dimana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam.Lidah buaya memang terkenal sebagai penawar pelbagai penyakit dan tidak ketinggalan dalam merawat asma dimana dikatakan air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma.Rempah ratus turut tersenarai sebagai penawar asma ialah bung lawang dimana ia direbus dan diminum airnya .Dalam rawatan Ayurveda,kunyit merupakan ramuan utama merawat pelbagai penyakit begitu juga masyarakat melayu menggunakan isi kunyit yang direbus sebagai minuman bagi merawat asma.

Dalam rawatan Homeopathy pula bawang merah dan bawang putih dikatakan paling mujarab dalam merawat penyakit asma dan pendapat ini disokong dan dibuktikan oleh banyak kajian dan hasil penemuan diterbitkan dalam journal perubatan oleh para saintis.Pengamal herba dunia pula mendapati ginkgo biloba dan madu lebah amat berkesan keatas pesakit asma.Walaubagaimanapun berbincanglah terlebih dahulu dengan pakar perubatan sebelum mencuba apa jua kaedah rawatan bagi mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

SERAI


Tahukah anda yang air serai mampu melegakan penyakit lelah?

Caranya ialah dengan hancurkan sedikit sebatang serai. Kemudian, masukkannya ke dalam masakan anda.

Khasiatnya ialah ia akan membantu pernafasan anda serta boleh mencairkan lendir.

Petua - Daun ati-ati ubat lelah

Pernahkah anak atau tuan puan sendiri menghidap lelah atau semput? Sesetengah orang akan berasa begitu penat, susah bernafas diperingkat agak serius, dada akan terasa berat, sakit dan menjadi lekuk.

Tanda-tanda di serang penyakit ini ialah:
  1. Gangguan pada saluran pernafasan yang amat ketara.
  2. Pernafasan menjadi sesak berulang kali.
  3. Di ikuti batuk dan bernafas tercengah-cengah.
  4. Dada pesakit akan merasa sebak dan sempit.
  5. Serangan yang teruk membuat pesakit batuk batuk hingga membawa kepada muntah-muntah.
Tanda-tanda Awal :
  1. Selepas beberapa hari ditimpa penyakit ini, pesakit mengalami sesak nafas yang berulang.
  2. Pernafasan yang mengeluarkan bunyi yang halus.
  3. Keadaan sedemikian boleh berlaku selama beberapa hari dan mungkin berbulan.
  4. Kemungkinan mendapat penyakit ini tidak dapat dielakkan. Tetapi di bawah ini ada disediakan cara mengelakkannya atau mengubatinya.
Sebab-sebab utama Penyakit Lelah

  1. Alergi- Keadaan seseorang yang bersifat sensetif kepada sesuatu bahan tertentu seperti habuk atau bahan-bahan yang tercemar di udara yang disedut. Ada juga yang alergik kepada bulu ayam, bulu kucing, udara sejuk dan sebagainya.. Ada juga yang sensetif kepada makanan seperti udang, ubat, ais krim dan macam-macam lagi.
  2. Ubat-ubat seperti Aspirin boleh menyebebkan penyakit lelah.
  3. Keadaan alam sekitar yang tercemar boleh mentebebkan lelah.
  4. Senaman dan beriadah boleh memburukkan lagi penyakit lelah.
Cara mengawal penyakit lelah

Mengawal emosi dan tekanan perasaan

Penawar atau ubat
Dapatkan beberapa helai daun atau  tangkai bunga kecubung. Lembutkannya hingga betul-betul lembut, kemuduan jemur sehingga kering dan dibuat sebagai rokok.




    KHASIAT POKOK ULAT BULU








     Nama   Tempatan:

















     Ulat Bulu
    Nama Saintifik:Passiflora foetida
    Nama Lain:Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja,
    Famili:Passifloraceae
    Lokasi dijumpai:Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
    Asal:Amerika selatan dan Barat India

    keterangan:

    pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar.Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat.Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar.Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit.Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut.Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak.Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan kedalam kategori tumbuhan karnivor ,tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya.buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam.Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis.Buah ini boleh dimakan.

    Pucuknya yang muda serta sulurnya boleh dijadikan sayur.Ia boleh digoreng, dimasak lemak atau sup.

    tumbuhan ini membiak melalui biji benih

    kegunaan:

    Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untuk merawat luka dan batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.

    Untuk luka pula, caranya begitu mudah iaitu dengan melumatkan daunnya dan diletakkan pada bahagian yang luka.